oleh: Mat Gebu Kueh Lapis Nyonya

Step_by_step_055

Khas dari dapur Baba dan Nyonya Melaka


Created on : 25-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 7 inci x 7 inci x 3 inci )

  • 100 g tepung beras*
  • 100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak)
  • 200 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 360 ml santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara

  1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan
  2. Step_by_step_052
    Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan.
  3. Step_by_step_053
    Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih).
  4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
  5. Step_by_step_054
    Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama ukt warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....

Tag





Laporan Masakan Bergambar (5)

Kuih_lapis
04-03-2007
Walaa.. sodap la mat.. Tapi i kasi light kaler je... takut la tgk kalau kaler gelap2... heheh
Laporan oleh: zeera

Lawa la, kaler2 pastel macam zeera buat tu, nampak "ayu" je...

Lapis_nyonya
11-04-2007
tQ mat..antara resepi yang mazurah cari..sedap
Laporan oleh: mazurah

sama2 dan terima kasih juga yeaa.

Dsc00778
23-08-2007
taraa......ini lah dia hasilnya cik mat. mlm semalam buat cukup puas hati. sedap manis........sudah menjadi kegemaran anak2. TQ cik mat
Laporan oleh: NanaSham

nana sham......lawanya kuih u....lawan tokey dah niee....

Sd532679
09-09-2007
Kuih ni mmg lain dr kuih lapis melayu, sebab dia kenyal2 gitu...Sedap cuma pada saya nak kena tambah gula lebih skit lain kali. Mungkin saya kuat manis. Anyway, TQ Mat for the mabeles recipe!
Laporan oleh: coveredgirl

welcome....terima kasih juga kerana sudi mencuba yeaa...

Dsc02369
12-03-2008
Inilah hasilnya.. tp lembik sikit sbb x ikut arahan cikgu.. tp sodaaaapppp..tks CMG
Laporan oleh: yatiezaini

Komen (20)

25-02-2007, ujang komen :

kena cubo ni! lawa lak ..


25-02-2007, Noreen komen :

che mat, awatnya resepi u kena pakai tepung sagu. Kat UK nie tak ada juallah dah merata cari. ada other alternative ke? kuih nie memang favourite.


25-02-2007, Mat Gebu komen :

Noreen kebanyakkan kuih baba dan nyonya mereka memang byk menggunakan tepung sagu, kalau noreen nak cuba mat cadangkan, 100g tepung beras tu noreen jadikan 150 g tepung beras, tepung sagu yg 100 g tu, noren gantikan dgn tepung jagung 50g...tujuan tepung ubi tu ialah utk meliutkan kuih lapis dan ia nampak seakan2 jernih.


25-02-2007, ujang komen :

yelah che mat! kat sini takdo lak tepung sagu...baru jab tadi telepon kengkawan..kot2 dia ada stok..hampeh... che mat..pakai santan kotak ..buleh ko?


25-02-2007, Mat Gebu komen :

boleh...santan kotak pun ok.


25-02-2007, Noreen komen :

thx che mat nanti noreen cuba lepas tu tempek gambar. tak taulah bila nak buat nak kena cari masa sebab kalau buat pun noreen sorang je makan bosan. pasal tepung sagu nie hari tu resepi keropok lekor minami pun pakai tepung sagu still tak buat. nak tunggu balik m'sia bulan dec lambatlah lagi.


25-02-2007, Noreen komen :

che mat satu lagi soalan, resepi nie agak2 utk berapa org makan? tanya sebab noreen nak buat sikit je.


25-02-2007, princessharyati komen :

amboi rajin yer... buat kuih lapis pulak...


25-02-2007, rrozie17 komen :

tepung sagu tu ialah tepung ubi kan? kalu tepung ubi ada ler jual kt kedai cina kt UK ni


25-02-2007, Mat Gebu komen :

Kalau utk berapa org makan tu bergantung la cara mana kita potong, tapi pada mat, adunan nie utk 10 - 12 orang makan memang cukup sgt..kalau nak dikurangkan lagi takut nanti bila kukus jadi nipis sgt lapisan kueh tu, tapi noreen boleh juga u buat separuh adunan dan kukus selapis demi selapis dalam bekas kecil.. mat pernah juga nampak org jual kueh lapis mereka buat guna acuan kueh apam, comel2 tapi leceh skit lah sebab kecik....apa2 pun mat harap noreen berhasillah buat tak kira bila masa pun....ok.


25-02-2007, Um_Daoud komen :

kalau sukatan gram tu ditukar ke cawan,brp agaknye ye cik mat?


26-02-2007, Ringo komen :

nak buat gak. my hubby suka kuih ni. siap beli buahtangan dari Changi airport. ada jual dlm airport tau. :)


16-04-2007, kaksu komen :

mat, kaksu dah buat pd hari sabtu jadi tapi tipis sebab loyang nya 8x8 tak puas hati semalam cuba lagi x2 adunan baru cantik dan tebal sedap lah mat. TQ


23-08-2007, niksue komen :

sedapnye...........


23-08-2007, NanaSham komen :

Ya Ke? Lawah?? hehehe terima kasih lah cik mat nana bukan nak lawan tokey ttp cek ni pun budak baru belajar hanya ikut tunjuk ajar oleh guru cek yak itu cik mat ler............... :-)


02-03-2008, yatiezaini komen :

1st time buat ari ni...1/2 adunan je.. terlembek sikit cos main agak2 je.. x ikut sukatan... sori cikgu.. anyway rasanya sedap mcm jual kat sedap corner jb..che mat kaler merah c mat tu cantik ler..apa nama kaler nye?? nanti nak cuba lagi sampai jadi & cantik.. sbb hb suka mkn..


17-03-2008, tinihar komen :

abg mat, kalau tepung sagu ganti dengan tepung kanji tak


30-04-2008, shahizza komen :

A'kum CMG, Izza dah cuba buat kukus setiap 5 minit yg last skali kukus 10 minit tp x jd... dlmnyer x masak pun nak wat camner ek?


16-05-2008, QueenOfRock komen :

Salam. hari ni saya cuma Kuih lapis ni, jadi and sedap!! Anak saya suka dan puji. Cuma saya belum reti agak bila taruk satu layer ke satu layer. size lain2.. Saya ada ambil gambar nya tetapi macam mana nak post pat sini. Terima - kasih saya ingin ucapkan sebab senang faham utk orang seperti saya ni, 1st try. heheh.


21-06-2008, cute_10 komen :

Salam mat..saya nak tanya nie..tepung sagu tu tepung ape yea...sama tak ngan tepung kanji atau tepung ubi...??? poning palo ni dok pikir....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu