oleh: rahman bestari Bubur Pedas Sarawak

Buburpedassarawak

masakan negeri burung kenyalang ini pada kebiasaannya menjadi sajian utama paling istimewa hanya di bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya di bulan Ramadhan malah menjadi sajian harian di kebanyakkan mereka yang menjadi pemilik restoran, warung mahupun gerai makan di Sarawak


Created on : 17-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( untuk makan 5 - 10 orang) )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda,midin, tauhu kering (fucuk),cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing.
  • - sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dll.
  • - juga sesuai dimakan begitu sahaja.
  • - bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri iaialah seperti sotong, rebung,umbut,nenas,lobak merah,ubi kentang,bunga kantan dll yang sesuai.

Cara-cara

  1. tumiskan bawang.
  2. masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  3. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  4. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  5. masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  6. sesuaikan rasa dan angkat.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Bubur_005
18-03-2007
inilah dia bubur pedas.sedap..garam seeloknya letak 1 sk.kat sblah tu lah bumbu bubur pedas.klu takder bumbu,tak menjadilah bubur pedas.
Laporan oleh: ctjuliez

terima kasih byk2 ctjuliez coz sudi prepare gambar utk resipi bubur pedas nih. harap lepas ni adalah yang yang sudi mencuba resipi negeri sarawak ya. untuk pengetahuan semua midin tu ada juga disebut lemiding di semenanjung, begitu juga di sabah. ianya sejenis tumbuhan paku pakis berwarna kemerah-merahan. untuk ctjuliez, aok mek owang swk. mek di jb time tok. kita introduce lebih byk resipi dr negeri burung kenyalang k. sekali lagi terima kasih krn bersusah payah amik gambar bubur pedas ya. mesti nyaman owh?


Komen (7)

22-02-2007, ctjuliez komen :

ktk org swak ka? ktk tuka nama midin ya..sik fhm cdak lain klak.santan ktk xda engkah brp byk.anywy,mun dpt asing2kan bhn2..sik kck ditulis panjang glak.mun kmk ada mlh bubur peds klak kmk engkah gbr dctok.good idea engkah resipi tok.


22-02-2007, Nong komen :

Midin tu pcuk paku merahkan?d sabah dpanggil lemiding,sedap ni..


06-09-2007, nuraisyah najwa komen :

bumbu bubur pedas ya nang ada di jual kah...? kmek blum jumpa gik bumbu ya...jenama apa maggie ka? knorr kah?


17-03-2008, mrsperfect komen :

Daun singkel tuu kalau tak silap daun/pucuk mengkudu kan? cant remember ler but my MIL selalu isi daun mengkudu nii dihiris halus2 and di celur sekejap ngan air panas untuk menghilangkan pahitnya. Feveret my hubby n sedap dimakan begitu shj or letak nasi skit


05-06-2008, rahman bestari komen :

aslm, betul tu Nong, midin tu=lemiding.


05-06-2008, rahman bestari komen :

nuraisyah najwa, setakat tok bumbu bubur pedas nang ada dijual di sarawak ajak. nya sik ada jenama apa-apa,bukan keluaran maggi atau knorr k tp keluaran usahawan bumiputera di swk nun. sik kan ktk x penah meli. and for sure dlm bulan posa nang banyak alu jak dijual.


05-06-2008, rahman bestari komen :

mrsperfect, daun singkel tu pucuk buas. tp, utk kreativiti dan citarasa, kalau payah nak jumpa pucuk buas, blh juga gunakan pucuk mengkudu muda. bg yang sensitif tu memang pahit, tapi tidak sepahit buah peria. Lgpun banyak khasiatnya betul tak mrsperfect?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu