oleh: ratnamurniwati Karamel mudah

Dscf6519-1

resepi dari makcik. teramat mudah utk dimasak


Created on : 16-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12 puding cup )

  • 7 biji telur (medium saiz)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair ideal)
  • 1 penutup botol essen vanila
  • utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
  • puding cup secukupnya

Cara-cara

  1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati
  2. setelah sebati masukkan essen vanila
  3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.
  4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.
  5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis
  6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.




Laporan Masakan Bergambar (4)

Karamele
16-02-2007
Ziela buat tadik.. kejab jer.. nice!
Laporan oleh: Nziela

wah...bravo..bravo...

Dsc00142
20-02-2007
i dah cuba sedap..bahan2 tuh i blender jer..dulu kakak selalu blender jer masa buat..(ker pemalas ehh)hhehheh..anyway mana2 cara pun ok asal jadik & sedapkan..thanx ratna
Laporan oleh: aby

blender ker...kacau guna mixer ker...asalkan jadi...menarik gak yer guna loyang 4 segi

Dsc00005_2
26-02-2007
Sodap..Kali ke-3 buat baru leh amik gambo. InsyaALLAH akan dibuat selalu
Laporan oleh: nazahiriah

dasyat tu..kali ke3 baru boleh tangkap gambar. anyway...tahniah..tahniah...

Caramel_006
08-05-2007
senget2 jadi nya. hehe. mmg sedap dan senang!
Laporan oleh: ainezar

tahniah. lepas ni kalau buat jgn senget lagi kay.


Komen (5)

16-02-2007, skyblue komen :

itik kat meja tu sedang bertelur ke? :D


16-02-2007, ratnamurniwati komen :

skyblue: he he he he..itu hanya hiasan semata-mata


19-02-2007, hosniah komen :

baru joint, minat sgt myresepi,dah kumpul satu file..nanti cuba antar resepi utk kongsi


10-08-2007, helicase84 komen :

yummy2..mmg sedap.simple n easy.bru lpas wat.tgh tggu mse nk ngap je ni..xsabarnye..tq kak ratna :>


17-08-2007, hsl komen :

telur tu x payah asingkan kuning n putih yer?..sbb b4 ni mak sedara ader gak ajar,tp dia guna ptih telur jer..klu msk skali kuning leh x?..tq..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu