Google+

oleh: citarasawan Talam Kaya Labu

03022010953

Aneka Kuih Talam


Created on : 03-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • Bahan Lapisan Labu
  • 500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
  • 70gm tepung jagung
  • 60gm tepung sago
  • 200ml santan pekat KARA
  • 200ml air
  • 220gm gula halus
  • 350gm telur (optional)
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan Lapisan Putih
  • 90gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 400ml santan pekat KARA
  • 170gm gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 400ml air
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
  2. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
  4. Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
  6. Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong
  8. kali ni kak wan tak masukkan telur. jika suka boleh masukkan.

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (2)

Labu2
28-02-2010
Sedap. Tak cantik sebab tak pandai potong. Tq citarasawan
Laporan oleh: che wan kembang

sebijik cam kwan punye, klu nk ctik ptong che wan pkai pisau plastik yer

Pic01
08-02-2012
K1, best kuih talam ni.. sedap! MIL & hb pun suka.. cuma saya derhaka sikit part tepung sago tu.. saya ganti dengan tepung ubi sebab tak ada & tak pernah beli tepung sago.. apa-apa pun, terima kasih banyak untuk resipi ni ya K1!
Laporan oleh: LynnSham

Komen (18)

03-02-2010, abdulwahub komen :

kalau tiada aral dilangit,,kalau panas sampai ke petang,,leh lah cuba,,


03-02-2010, citarasawan komen :

tk yah lah tunggu panas ke ptg.. nk mkn order jer ngan kak wan


03-02-2010, miazahira komen :

salam kak wan banyak resepi kuih talam kak wan memikat skali tetapi boleh tak sukatan tu dengan sukatan cawan skali kalau tak keberatan lah ye terima kasih


03-02-2010, citarasawan komen :

maaf yer miazahira, semua kuih2 kak wan dlm gm, sila refer kat www.traditionaloven.com utk conversion table.


03-02-2010, manjasayang komen :

salam kak wan mmg kue2 nye smua sedap2 tp manja nk ode jauh sngtla... kta d spore ni..huhuhu


04-02-2010, sixsixtwo komen :

Cik Wan... Saya masih belum jumpa tepung sago yang di perlukan diresepi . Tenguk kat senarai bahan2 kueh you tak ada pulak gambar bungkusan nya... jenama apa ye? Kena cari kat bakery supplier ke... maaf ya


04-02-2010, woodybuzz65 komen :

Assalamualaikum cik wan, boleh tak cik wan beritahu size loyang yg paling sesuai untuk sukatan talam ni. Kalau loyang empatsegi 10" x 10" ok tak ?


04-02-2010, citarasawan komen :

salam sixsixtwo, klu susah dpt tpg sago gti ngan tepung ubi/tepung jagung ketiga2 tpg blh digunakan. tpg sago utk beri rasa pd kuih.


04-02-2010, citarasawan komen :

salam woodybuzz65, loyang 10" blh digunakan utk resipi ni tpi ptongan tdk tebal..


04-02-2010, Azida_5@yahoo.com komen :

askum kak wan, saya ahli baru.. baru nak start blajar memasak..umur dah meningkat..heheh..bolehlah berkongsi resepi ngan kak wan dan lelain yer..


04-02-2010, Azida_5@yahoo.com komen :

ahad nie..nak cuba buat kuih ni..suka sgt makan kuih manis manis


04-02-2010, citarasawan komen :

salam azida, memasak tk kira umur asalkan rajin mencuba... slmt belajar!!!


06-02-2010, kaknita komen :

cantiknya...nanti nak cubalah...


02-05-2010, amydaa komen :

salam sis, tepung sagu tu tepung apa?


03-05-2010, citarasawan komen :

Amydaa, tpg sagu leh cri kat kedai bakery klu kat pasaraya jrg jumpa. biasa yg kak wan beli x der jenama ... klu x dpt tpg sagu leh gantikan dngan ubi kayu... slmt mencuba


03-05-2010, citarasawan komen :

boleh sesiapa tlg kak wan tak? camne nk upload gmbr dlm Glossary.. mekacih :)


03-05-2010, kak fida komen :

Salam C.Wan....wan kena login dulu,nnti bila dh keluar gmbr3 resipi dr dapur citarasawan..haa...bahagian atas gmbr2 tu ada petak tertulis 'Resipi','Laporan Masakan' dan 'Glosari'....wan klik 'Glosari' tu dn seterusnya ikut arahan cara2 nk upload gmbr...ok..same2 kaseh..heee.. :D


03-05-2010, citarasawan komen :

Mekasih byk2, Sayanggg kak fida!!! June nti wan akn ke S'pore hadiri majlis kawin anak kawan klu ada contact tentu wan hubungi kak fida.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd