Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Puding Merdeka

Resepi Puding Merdeka

 Submitted By On 24 January, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sesuai bagi pengemar puding

Ingredients
  • 5 cawan air
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 11/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 11/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar koko(dibancuh dng sedikit air panas)
  • ceri dan gajus untuk hiasan
Instructions
  1. Tepung kastard di campur 5 cawan air campur susu pekat,gula,telur masuk ke dalam periuk kacau sebati di atas api sehingga pekat dan berkilat.

  2. Dah berkilat masukkan esen vanilla ke dalam.kacau rata,kemudian bahagikan kastard tadi 2 bahagian.Satu bahagian biarkan warna asal kuning,dan satu lagi warnakan koko.(campurkan koko yg dibancur dng air tadi)

  3. Ambil acuan puding atau loyang dan ambil senduk masukkan adunan tadi berselang seli.(ambil satu senduk kuning masuk dalam acuan dan satu senduk koko letak diatas warna kuning tadi sehingga habis)

  4. cara membuat kuah puding

  5. Masukkan susu cair kedalam periuk campurkan gula.(Air di sukat menggunakan tin susu tadi).Kemudian masukkan air,tambahkan sedikit tepung kastard dan esen vanilla ke dalamnya. Kacau diatas api hingga pekat,kemudian angkat.

  6. kemudian bila susu tadi dah sejuk,barulah dicampur buah-buahan campuran kedalamnya.Akhir sekali keluarkan puding dari acuan tuangkan kuah puding ke atasnya.(kalau nak sedap lagi hiaskan puding tadi dng ceri dan gajus). Elok disimpan dalam peti ais sebelum makan.Rasa macam aiskrim......sedap sangat.

  7. Rasa manis puding terpulang pada masing-masing....nak tambah manis pun boleh..... SElamat mencuba......

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments