Google+

oleh: Mat Gebu Asam Batang Keladi

Step_by_step_044

Masakan kampung


Created on : 01-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit
  • 2 pokok keladi minyak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cawan ikan bilis, direndam*
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.









Laporan Masakan Bergambar (3)

Btgkeladi
14-01-2008
akhirnya dpt juga try resipi ni.. tp takleh masak selalu.. nanti makin bulat!
Laporan oleh: yani

Bulat tak pe, jgn kembang!!!..hehehe

Sayur_keladi
31-01-2008
Masak masa dinnner malam tadi. Sedap.
Laporan oleh: hazila

Sedapnya, terima kasih kerana sudi mencuba...lawa mangkuk, pakay dgn yani ke guna mangkuk seakan2 sama..hehehe

Asam_keladi
10-05-2010
suami yg masak semalam, sedap,
Laporan oleh: naa_q

Komen (18)

01-02-2007, ily komen :

wah..asam btg keladi?...kegemaran ily tu...bleh la msk tu ari ni...


02-02-2007, umi_e komen :

sedapnya cik mat... lauk asam cam ni lagi sedap makan waktu sahur kan... errmmm mana nak cari batang keladi kat sini :(


02-02-2007, joayee komen :

mat..guna ikan talam kering bole tak? k e asian market kat sini ader gak keladi.:)


02-02-2007, Mat Gebu komen :

boleh aje joay... asal kan ikan masin, kecuali ikan tenggiri sebab daging dia tukan mudah hancur kalau kita masak lama skit, lagi pun rasa dia masin ya amat...


03-02-2007, junjs11 komen :

mmmm...dah bertahun x makan nih. sedap ni cik mat...terliur lak tgk gambo tu..


17-07-2007, rosnani komen :

mat....resepi nostalgia nih mat!!! sedapnyer..hingga meleleh air mate...


26-07-2007, cindaibiru komen :

Dublin xde batang keladi...sob..sob, teringinnya...


18-08-2007, ina sayang komen :

Betul tu cindaibiru.. I pun teringin. bak kata rosnani, meleleh air mata sebab tak mungkin dpt mkn tu kat sini. Sabor2.. thn dpn blk msia kena cari ni jgk.. byknya benda nak mkn bila blk msia nanti (sejak duk tgk Myresipi ni la)


22-04-2008, May Hickman komen :

mmmmmm...look yummy nanti may cuba try masaknya, thanks


29-05-2008, lara komen :

kak yani , mkn ni badan tu mkin naik ker? kte ni suka makan dan memasak tapi badannya kemping lagi... cam ni nak try ah...


03-06-2008, Nenie komen :

Kenapalah saya lambat bebenor tahu kewujudan my Resipi ni.Waaaaa...Sekarang dah hampir time untuk berpantang.Nampak gayanya makan hati lah nanti bila tengok pelbagai resipi yang best-best especially yang bernostalgia (bak kata Rosnani) macam ni.


05-06-2008, ewan Dollah komen :

bro nak tnya skit lah...yg mcm akar keladi tuh leh x gunakan lam resepi nih??...


19-08-2008, vivie komen :

dah try resipi ni..huhu mmg sedap! sekali mencuba, nak lagik! :D hehheh thanks ats resipi ni...


16-07-2009, dahliadahlan komen :

..Salam MatGebu...akak nk tanya....Keladi Minyak tu yg kaler apa..hijo k perang?....Sayur ni dh tak payah masuk Asam Keping?....Nanti kalo g market...jumpa keladi...4 sure akak akan buat....my feberet nih.....Terima kasih MatGebu 4 the resepi.....L.U.


22-12-2010, jundullah komen :

wah!! sedapnya!! Thanks share.. always be my lovely favourite!


01-02-2011, alwahidah komen :

sedap betul...tp saya dah tukarkan ikan pari kepada ikan kembung yng direbus kemudian saya lecekkan..tak perlu lg menggunakn ikan bilis..sedapnyer....


08-03-2011, asiahshamsudin komen :

menarik juga bahan-bahannya tapi kalau dicampur dengan siput sedut sedap juga.


18-05-2011, ieda mohd salleh komen :

wauuuuu mnarik ni menu kgemaran...tp selalu wt x besa bbuh ikan....ni kna try ni msti trangkat punye la....tgu suami ku menu tgahhari niiiiiii.......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd