lembut dan mempunyai rasa yang tersendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut

lembut dan mempunyai rasa yang tersendiri

BAHAN-BAHAN

  • 200g tepung roti
  • 100g tepung biasa
  • 100g taufu (cotton taufu)
  • 6g yis kering
  • 5g garam
  • 20g mentega
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu segar suam atau air suam
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.
  • Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
  • Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.
  • Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda
  • Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
  • Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN