Wadai Kiping

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Wadai Kiping?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Doh)
  • 1 cawan tepung pulut 
  • ½ cawan air 
  • ½ sudu teh air kapur 
    (Dibancuh & ditapis)
  • Sedikit garam
Bahan B (Air gula)
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • ½ cawan air 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 2 cawan santan pekat

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan sedikit garam. 
  2. Masukkan air bancuhan kapur sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 
  3. Ambil sedikit doh dan bentukkan sebesar biji guli dan tekan ditengahnya. Buatkan sehingga habis doh dan susun di dalam pinggan. 
  4. Bagi membuat air gula, masakkan gula pasir, gula merah, air, dan daun pandan sehingga mendidih dan tapiskan. 
  5. Masukkan air gula dan santan pekat ke dalam periuk dan masakkan dengan api sederhana. 
  6. Apabila mendidih, masukkan cebisan doh tadi ke dalam kuah santan dan masak sehingga doh timbul. Hidangkan

Leave a comment