Urap Pegaga dan Selom

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

sajian enak utk kesihatan dan awet muda


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200 gm daun pegaga(diracik)
  • 200 gm daun selom (diracik)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan bakar
  • segenggam udang kering
  • 4-5 biji cili padi
  • 2 sm halia muda
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
  • garam dan gula secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
  2. Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Hidangkan.
    Open uri20151010 29872 1gd7n8f
  3. **daun pegaga dan daun selom hendaklah dicuci bersih dgn air bergaram sebelum diracik
  4. **kelapa parut tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng, boleh juga.

Leave a comment