Urap Nangka & Kacang

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Bagaimana cara nak masak Urap Nangka & Kacang?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kg nangka muda (dipotong kecil) 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 urat kacang panjang 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 1 sudu makan gula merah 
  • 5 tangkai kacang botor (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)            
  • 1 labu bawang besar  (Dihiris)  
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Bahan B (Dikisar)
  • 3 batang serai 
  • ½ inci lengkuas 
  • 2 inci cekur 
  • 4 biji buah keras 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 4 helai daun limau purut 


Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Tuskan. 
  2. Potong pendek kacang panjang dan celurkan. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air dan tuskan. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan B sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan santan pekat, kerisik, gula merah, dan garam. Masak sehingga pekat. 
  5. Masukkan nangka, kacang panjang, dan bahan hiris ke dalam mangkuk besar. 
  6. Tuangkan bahan tumis, jus limau nipis, dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan hidangkan

Leave a comment