Urap

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Urap?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 batang lobak merah 
  • 1 cawan tauge 
  • 5 kacang botor  
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 1 sudu teh gula 
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 labu bawang besar 
  • Sedikit belacan 
  • ½ cawan kelapa muda (Digoreng tanpa minyak) 
  • (Cili merah, cili api, bawang besar, belacan dan kelapa muda ditumbuk bersama)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sagat ataupun cencang lobak merah kasar-kasar. 
  2. Buangkan akar tauge. 
  3. Potong kacang botor kecil-kecil, kemudian hiris bawang besar nipis-nipis. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment