Udang Massala

Kategori: Nusantara, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Massala?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang saiz besar 
  • 1 cawan daun pudina (Dihiris) 
  • 5 tangkai cili kering (Dipotong pendek) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 5 biji buah pelaga 
  • 1 labu bawang besar (Dicencang)
  • 2 biji tomato (Dicencang)
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 2 sudu makan serbuk kurma 
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh serbuk garam massala
  • ½ cawan air 
    (Semua serbuk kurma, cili kisar, serbuk kunyit, garam massala dibancuh bersama dengan air)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris kasar) 
  • 1 biji lemon (Diambil jus) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan udang dan basuh. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan cili kering, kulit kayu 
    manis, buah pelaga, dan bahan yang dicencang sehingga layu. 
  3. Masukkan bahan yang dibancuh dan garam. Kacau rata sehingga 
    pecah minyak. 
  4. Masukkan udang dan daun pudina. Kacau lagi sehingga udang masak dan padamkan api. 
  5. Masukkan cili hijau dan jus lemon. Kacau rata dan hidangkan.

Leave a comment