Udang Masam Manis

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Masam Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang saiz sederhana 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 biji cili merah  
  • 1 biji cili hijau
  • (Bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili hijau dikisar bersama) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 labu bawang besar  (Dipotong bulat) 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 5 sudu makan sos cili 
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh udang kemudian tuskan. 
  2. Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan sehingga masak. Ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  4. Masukkan udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula, dan air. Kemudian kacau rata. 
  5. Tutup api dan hidangkan.

Leave a comment