Udang Lemon

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Lemon?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang besar 
  • 5 ulas bawang putih (Ditumbuk halus) 
  • 3 inci halia (Ditumbuk halus)
  • 1 biji lemon  
  • 2 sudu makan mentega 
  • Daun bawang (Dicencang halus)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Belah bahagian belakang udang, basuh kemudian tuskan. 
  2. Panaskan mentega kemudian tumiskan bawang putih dan halia. 
  3. Masukkan udang dan kacau rata. 
  4. Ketepikan udang dan perahkan lemon ke dalam kuali. 
  5. Kacau rata dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

Leave a comment