Tteokbokki (Korean Spicy Rice Cake)

Kategori: Asian, Masakan Korea
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

makanan korea.bahan - bahan tiada sukatan khusus. resepi mungkin tak sama rasa dengan yang asli kerana dah diubahsuai sedikit ikut citarasa orang kita.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Rice cake @ garaetteok yang dah siap.
  • Fishball/Fishcake/Jejari ketam/atau yang seangkatan.Sayur-sayur kalau suka.
  • Minyak untuk tumis.
  • Bawang putih di ketuk atau hiris nipis.
  • Serbuk cabai.
  • Kicap.
  • Cuka.(optional)
  • Garam.
  • Gula.
  • Kiub ayam @ ikan bilis
  • Air.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Keluarkan rice cake dari peti.rendam dalam air.
  2. Bancuh serbuk cabai dengan sikit kicap dan sikit air agak-agak bagi pekat jadi pes cabai.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau.masukkan pes cabai tadi dan tumis.masa ni hati-hati jangan sampai cabai hangit.masukkan air sikit kalau rasa kering sangat supaya cabai tak hangit.kacau sampai cabai masak.
  4. Masukkan air agak-agak banyak mana jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat mungkin dalam 1-2 cawan air.Masukkan garam gula,kiub ayam@ikan bilis dan cuka.
  5. Basuh rice cake yang rendam tadi.masukkan rice cake,fish ball @ fish cake,sayuran dan segala bahan sampingan yang nak guna masukkan semua.
  6. Rebus semua tadi dengan api sederhana sampai kuah dia jadi pekat.
  7. Hidang dalam pinggan tabur bijan daaaan silalah makan! ^_^

Leave a comment