5 TIPS PILIH KETAM BANYAK ISI

Bila ke pasar anda pasti teruja tengok makanan laut yang segar seperti ketam. Tapi, tak dinafikan harganya boleh tahan mahal. Sudahlah mahal, boleh kecewa berganda bila beli dapat ketam yang tak banyak isi.

Harini kami akan kongsikan tips untuk pilih ketam yang banyak isi, banyak telur dan segar untuk anda.

1. Waktu pembelian

Anda patut beli ketam selepas bulan mengambang sebab kata orang waktu ini isi ketam padat dan banyak. Cubalah!

2. Belakang ketam

Anda cuba tengok di belakang ketam, ada bentuk segi tiga kan? Kalau masih terlekap itu tandanya ketam anda masih segar!

3. Beli ketam betina

Hanya ketam betina yang ada telur. Dari luar anda dah boleh nampak jika ketam itu ada telur atau tak. Kalau ketam betina ada banyak telur, isinya juga pasti banyak!

4. Tengok belakang badan

Jika dari luar badan ketam anda boleh lihat telurnya banyak, terus beli! Gerenti puas hati makan.

5. Beli ketam berat

Anda cuba pegang dua ketam dan bandingkan berat. Ketam yang berat ada lebih banyak isi!

Tags:

Teringin makan ketam tapi takut tersalah pilih yang isinya sikit? Kami kongsikan cara untuk memilih ketam yang betul!

Leave a comment