TIPS PENJAGAAN LESUNG BATU

Siapa tak kenal lesung batu kan? Benda ni wajib ada dekat rumah kita. Kalau kita tumbuk makanan guna lesung batu, result dia, makanan yang ditumbuk tu akan lagi juicy daripada makanan yang kita kisar/blend guna blender. Lagipun, kalau kita kisar makanan kita, dia akan jadi betul betul hancur, tak macam lesung batu. Kebiasaannya, golongan mak-mak yang suka guna lesung batu ni, golongan millenial lagi suka guna blender sebab lagi senang & cepat. 

Kalau buat sambal belacan tapi tumbuk semua guna lesung batu tu memang jadi umphh lah sambal belacan kita tu. Buatlah sambal apa apa pun, kalau kita tumbuk guna lesung batu memang result dia umphh gila! Tapi anda perasan atau tidak, lama kelamaan lesung kita tu akan jadi tumpul & kadang kadang ada lekat bau kan? Tak best lah nak guna kalau dah jadi macam tu. Jadi hari ini kami akan kongsikan tips untuk menjaga lesung batu anda!

1. ASAM JAWA & GARAM

Cara ini paling senang untuk dibuat. Anda hanya perlu ambil sedikit garam kasar, sebanyak 3 hingga 4 sudu makan & tumbuk bersama air asam jawa. Cara ini akan menajamkan semula mata & bahagian bawah lesung batu anda itu. Anda boleh buat cara ini selalu untuk sentiasa menjaga ketajaman lesung batu anda. 

2. KULIT KERANG

Anda juga boleh cuba cara ini. Senang sahaja, anda hanya perlu ambil sedikit kulit kerang & tumbuk lumat kulit kerang itu. Cara ini akan menajamkan semula permukaan lesung batu anda. Mudah bukan?

3. JEMUR DITEMPAT BERJARING

Selepas anda mencuci lesung batu anda, apa kata anda cuba cara ini. Sebelum anda simpan lesung batu anda ditempat sepatutnya, anda jemur dahulu di tempat berjaring seperti rak pinggan. Dengan cara ini, lesung batu anda tidak akan meninggalkan bau yang tidak enak & juga bahagian bawah lesung akan mudah kering.  

4. CUCI BERSIH LESUNG BATU

Selepas anda selesai menggunakan lesung batu, anda perlu mencuci dengan bersih. Anda boleh gunakan sabun untuk menghilangkan bau yang tidak enak dari melekat dan juga warna seperti  kuning serbuk kunyit dari terus melekat ke lesung batu anda. 

5. AIR LIMAU KASTURI/NIPIS

Cara ini mudah sahaja, anda hanya perlu gunakan air limau nipis ataupun limau kasturi untuk menghilangkan bau yang melekat pada lesung batu anda. 

Tags:

Anda tidak tahu cara untuk menjaga lesung batu anda? Klik sahaja link ini!

Leave a comment