TIPS ELAKKAN PEDIH MATA SEMASA KUPAS BAWANG

Tak bestnya rasa bila baru potong bawang sebiji tapi air mata berjujuran macam baru lepas putus cinta. Lagi digosok mata tu lagi pedih rasanya. Jangan kata kalau gosok mata, kalau tutup mata nak tahan air mata dari turun pun pedih dia kemain lagi.

Cuba bayangkan kalau ada kenduri, makcik suruh tolong kupas bawang, macam mana agaknya jadi?  Entah entah banjir dengan air mata je nanti kat situ, bawangnya tak siap kupas pun. Haha so harini kami akan kongsikan tips untuk elakkan mata dari pedih semasa kupas bawang.

1. Rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh kupas dah dengan tenang. Tak ada dah air mata meleleh leleh macam putus cinta. 

2. Simpan dahulu bawang yang anda nak guna dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong. Lepas itu, anda boleh kupas seperti biasa. 

3. Kemam sedikit garam semasa anda kupas bawang, inshaAllah mata anda takkan pedih. Kemam sedikit je, tak perlu banyak banyak, penat pula tahan masin nanti:p

4. Ni petua mak mak pula. Cucuk sebiji bawang pada hujung pisau. Tips yang ni ada sesetengah orang menjadi, ada yang tak. Anda cubalah, mana tau menjadi kan, takdelah penat nak kesat air mata.

 

Tags:

Penat menangis masa potong bawang? Tak tahu cara nak stop air mata dari meleleh masa kupas bawang? Kami ada solusi!

Leave a comment