Terung Goreng Taucu

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Terung Goreng Taucu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji terung kampung (Dibelah 8) 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • ½ cawan taucu manis 
  • ½ cawan air 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris) 
  • 5 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan terung di dalam mangkuk berisi air. 
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan cili kisar 
    sehingga wangi. 
  3. Masukkan taucu, air, dan terung. Kacau rata. Biarkan mendidih dan 
    terung lembut. 
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau lagi. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment