Telur Mata Masak Kicap

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Makan ni dengan nasi putih je pun dah cukup!


Bahan-bahan diperlukan:

  • Telur 
  • 1/2 biji bawang kuning 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 4 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • Lada benggala 
  • 1 biji tomato 
  • 1/2 cawan air 
  • Lada sulah 
  • Garam 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur; angkat setelah masak. 
  2. Tumis bawang kuning dan bawang putih. 
  3. Masukkan kicap masin dan sos tiram. 
  4. Masukkan air. Masukkan telur. 
  5. Masukkan lada dan garam. 
  6. Masak hingga kuah pekat. 
  7. Hidang!

Leave a comment