Tat Nanas

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Tat Nanas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 125 g mentega 
  • 125 g marjerin 
  • 70 g gula halus 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 300 g tepung gandum (diayak) 
  • 50 g tepung kastard (diayak) 
  • 50 g tepung jagung (diayak) 
  • 250 g jem nanas 
  • Acuan kertas kecil

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan mentega, marjerin, dan gula halus supaya rata. 
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sehingga rata. 
  3. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, dan tepung jagung. 
  4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 
  5. Canaikan adunan dan terapkan dengan acuan bunga. 
  6. Masukkan acuan bunga yang diterap ke dalam loyang seperti dalam gambar ataupun loyang tat keju. 
  7. Masukkan jem nanas ke dalam piping bag. Pamkan jem nanas ke dalam acuan bunga.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak. 
  9. Apabila sudah masak, sejukkan dan masukkan ke dalam acuan bekas. Simpan di dalam bekas kedap udara. 

Leave a comment