Talam Jalamas

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 1 Orang

Saya kongsikan resepi ini untuk semua diluar sana. Saya merupakan peserta program #NikmatRamadhan 2016 yang dianjurkan oleh My Resepi. Saya temui resepi ini di blog dapur Kak Yah. Jadi saya kongsikan bersama kalian :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 130 ml air
  • 125 g gula merah
  • 25 g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 90 g tepung beras
  • 40 g tepung gandum
  • 10 g tepung ubi
  • 200 ml santan
  • garam
  • pewarna choc
  • perisa pandan
  • 80 g tepung beras
  • 60 g hong kwe peutih
  • 600 ml santan [ 200 ml santan kara + air ]
  • 40 g gula
  • 60 g sohoon

Cara menyediakan dan memasak:

  1. [Bahan A] - Air gula - 130 ml air - 125 g gula merah - 25 g gula pasir
  2. [Bahan B] - Lapisan Choc - 2 biji telur - 90 g tepung beras - 40 g tepung gandum - 10 g tepung ubi - 200 ml santan - secubit garam - pewarna choc - perasa pandan
  3. [Bahan C] - Lapisan Tengah - 80 g tepung beras - - 60 g hong kwe putih - 600 ml santan [ 200 ml santan + air untuk jadikan 600 ml] - 40 g gula
  4. [Bahan D] - 60 g sohoon
  5. Bahan A dimasak untuk mendapatkan air gula. Kemudian, campurkan ia dengan Bahan B. Setelah siap, bahagikan kepada dua untuk dijadikan lapisan atas dan bawah.
  6. Bahan D ( 60 g sohoon) direndam bersama air panas dan pewarna kuning. Setelah lembut, gunting ia secara halus.
  7. Masak bahan C hingga pekat. Kemudian, angkat daripada dapur dan campurkan bersama sohoon yang telah digunting halus tadi.
  8. Saya gunakan loyang 10 x 10 tapi talam tu agak nipis. Jadi, gunakan loyang 8 x 8. Kalau nak guna loyang 10 x 10, anda perlu buat dua kali ganda adunan talam tersebut.
  9. Kukus talam mengikut (gambar) lapisan choc, lapisan tengah (bahan C + sohoon) dan lapisan choc selama 15 minit.
  10. Inilah hasilnya. [Maaf untuk warna lapisan tengah tu. Sebab kehabisan Hong Kwe Putih, saya gunakan warna Hijau.] Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba !

Leave a comment