Talam Cendol

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 40 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Talam Cendol?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Lapisan Bawah)
  • 1 cawan tepung beras 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 3 cawan air 
  • Garam secukupnya
Bahan B (Lapisan Atas)
  • 1 cawan cendol 
  • 1 cawan tepung beras 
  • 3 sudu makan tepung jagung 
  • 3 cawan santan pekat  (½ biji kelapa) 
  • Garam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Lapisan Bawah
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan dalam kuali non-stick. Kacau sehingga nampak wap. 
  2. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak. 
  3. Kukuskan selama 20 minit.
Cara Membuat Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan B kecuali cendol supaya sebati dan rata. 
  2. Tapiskan ke dalam kuali non-stick kemudian masukkan cendol. 
  3. Kacau di atas api perlahan sehingga nampak wap. 
  4. Tutup api dan tuangkan ke atas permukaan lapisan bawah yang sudah dicakar. 
  5. Kukuskan lagi 20 minit. 

Leave a comment