Sup Krim Cendawan

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua. Selamat Mencuba!!! -Secret Barn Team-


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 sudu besar Secret Barn's Gluten Free Banana Flour
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 labu besar Bawang Holland - dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dicincang
  • 1 cwn Cendawan (cendawan butang/cendawan tiram/ cendawan jerami) - dihiris
  • 1 cawan susu (low fat / full cream)
  • 1 cawan air /air rebusan ayam / air rebusan sayur-sayuran (vegetable stock for vegetarian)
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Fresh parsley /dried parsley

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dengan menggunakan api yang perlahan,panaskan periuk/kuali, cairkan mentega sehingga bertukar menjadi minyak. Masukkan bawang Holland,bawang putih yang dicincang dan hirisan cendawan.Masak sehingga bahan-bahan menjadi layu dan naik bau yang harum di dapur anda. Biarkan sehingga mendidih
  2. Masukkan air/air rebusan ayam/rebusan sayur serta susu.Kacau sehingga mendidih.
  3. Sediakan blender.Kisar bahan-bahan yang telah dimasak tadi sehingga halus.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk/kuali yang telah digunakan tadi.
  4. Panaskan api,dengan api yang perlahan kacau bahan dengan perlahan.
  5. Larutkan Secret Barn's Gluten Free Banana Flour dengan sedikit air. Gluten Free Banana Flour berfungsi untuk memekatkan sup krim cendawan itu nanti.Masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.Kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.Taburkan fresh parsley atau dried parsley di atas sup krim cendawan itu tadi.Hidangkan sementara masih panas.
  7. Sup Krim Cendawan ini boleh dihidangkan panas bersama Garlic Bread,Roti Keras,Biskut Kering,Makaroni,Spaghetti dan lain-lain.
  8. **Boleh juga masukkan isi ayam,daging,udang dan lain-lain**
  9. Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Leave a comment