spaghetti bolognese pedas2...

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

penah bisnes guna resepi ni time blajar dulu...


Bahan-bahan diperlukan:

  • spaghetti-sebungkus
  • bawang besar-dua biji (dadu)
  • bawang putih - 4-5 ulas (dadu)
  • daging / ayam kisar - 500 gm
  • tomato puree -sedikit sahaja (ikut selera)
  • tomato soup kimball - 1 tin
  • cendawan butang - 1 tin
  • cili boh - ikut selera
  • megi cukup rasa dan garam
  • minyak masak
  • air..

Cara menyediakan dan memasak:

  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan layu.
  2. masukkan ayam/daging cincang. biarkan sehingga keluar air daging dan biarkan sehingga daging agak masak.
  3. masukkan satu tin tomato soup... sedikit tomato puree..bagi yang suka masam, boleh isi lebih sikit..kacau sehingga sebati
  4. bagi yang suka kuah pekat..xperlu tambah air..kalau saya.. xsuka pekat sangat..jadi saya tambah air bagi dia sedikit cair...
  5. masukkan cili boh... bagi yang suka pedas boleh isi banyak..xsuka boleh isi sikit...
  6. taburkan italian mixed herbs sehingga kuah berbau wangi..
  7. masukkan megi cukup rasa dan garam .kacau sehingga daging masak dan mendidih..

Leave a comment