Spageti Cili Padi Berkrim

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Cepat dimasak sedap dimakan. Memang layan.. ; )


Bahan-bahan diperlukan:

  • Spageti untuk 2 orang
  • 5 keping salami ayam/turkey (potong memanjang)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar (penuh) fresh cream/creme fraiche
  • 5 biji cili padi (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (didadu kecil)
  • Segenggam flat leaf parsley/daun sup (dicincang halus)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus spageti mengikut arahan di paket sehingga 'al dente'
  2. Panaskan non stick pan, masukkan salami yang dipotong memanjang dan masak hingga keperangan
  3. Keluarkan salami dari pan, kemudian masukkan bawang putih dan biar masak keperangan
  4. Pastikan api sederhana besar, kemudian masukkan fresh cream, kacau2 sedikit, diikuti tomato, cili padi dan flat leaf parsley
  5. Setelah tomato lembut, tekan2kan tomato dengan sudip untuk memecahkannya
  6. Masukkan garam secukup rasa, diikuti salami yang telah dimasak awal2 tadi
  7. Akhir sekali, masukkan spageti yang siap direbus. Kacau sehingga spageti bersalut dgn sos cream
  8. Selamat menjamu selera!

Leave a comment