Sotong Goreng Daun Pudina

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sotong Goreng Daun Pudina?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong sederhana 
  • 10 biji cili api (Dicencang) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 cawan daun pudina 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit sotong kemudian basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili api dan bahan 
    yang dihiris. 
  3. Masukkan sotong, garam dan serbuk kunyit. Kacau rata. Padamkan api. 
  4. Masukkan tomato dan daun pudina. Kacau rata. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment