Sotong Goreng Asam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sotong Goreng Asam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong (saiz sederhana) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 10 biji cili api               
  • 3 biji bawang merah   
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 sudu makan pati asam jawa  
  • ½ cawan air                        
  • 1 biji cili merah        
  • 1 labu bawang besar  
  • 2 helai daun kunyit     
  • Garam secukup rasa 
  • 1 biji tomato (dibelah 4) 
  • 1 biji cili merah (dihiris kasar) 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buang kulit sotong. Bersihkan dan basuh. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan sotong dan kacau rata. 
  4. Masukkan air asam jawa, bahan yang dihiris kasar, dan garam. 
  5. Masukkan tomato dan cili merah. 
  6. Kacau rata sehingga masak. Hidangkan.

Leave a comment