Sotong Bakar Bersambal

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sotong Bakar Bersambal?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong
  • 10 tangkai cili kering 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
    (Semua cili kering, bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 10 biji bendi (Sekiranya suka) 
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)  
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong kecil)
  • Aluminium foil 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, sos 
    tomato, dan serai sehingga wangi dan pecah minyak. Tutup api. 
  2. Masukkan bahan yang ditumis tadi dan semua bahan ke dalam 
    aluminium foil. Lipat kemas. 
  3. Letakkan di dalam kuali dan tutup kuali. Masakkan selama 30 minit. 
  4. Angkat dan letakkan di atas pinggan. Sedia dihidangkan.

Leave a comment