Sotong Bakar Berempah

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sotong Bakar Berempah?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 ekor sotong bersaiz besar (Dibuang kulit) 
  • 2 batang serai 
  • ½ inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Semua batang serai, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kari ikan 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Perap sotong dengan bahan yang dikisar, serbuk rempah kari 
    ikan, garam, dan cili kisar selama 1 jam. 
  2. Layurkan daun pisang dan potong mengikut saiz yang 
    diperlukan. 
  3. Letakkan sotong dan bahan perapan di atas daun pisang 
    kemudian masukkan ke dalam kuali. Tutup kuali. 
  4. Bakar selama lebih kurang 15 minit ataupun sehingga masak 
    dengan api sederhana. 
  5. Hidangkan bersama air asam dan nasi putih.

Leave a comment