Sos Pencicah Stimbot

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sos Pencicah Stimbot?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 biji cili merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 cawan air 
    (Cili merah & bawang putih dikisar halus bersama dengan air)
  • 1 sudu makan oren Sunquick 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 1 sudu teh minyak bijan 
  • 2 pokok daun ketumbar (Dicencang) 
  • 3 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak)
  • 1 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan panaskan 
    sehingga mendidih dengan api yang sederhana. 
  2. Masukkan oren Sunquick, sos ikan, minyak bijan, gula dan garam. 
    Masakkan sehingga pekat. 
  3. Apabila sejuk, taburkan dengan daun ketumbar dan bijan. 
  4. Sedia dimakan dengan stimbot.

Leave a comment