Singgang Lemak Ikan

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Singgang Lemak Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan bawal 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 5 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 3 batang serai 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras 
  • (Cili merah, cili api, serai, lengkuas, kunyit hidup, belacan, bawang merah, bawang putih dan buah keras dikisar bersama)
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan kelar silang. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak. 
  3. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu makan dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  4. Masukkan bancuhan air asam jawa, santan, garam, dan kacau sebati. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak. 
  5. Masukkan ikan dan masakkan sehingga pekat. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment