Singgang Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Singgang Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (Dipotong kecil) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 4 ulas bawang putih (Dihiris kasar)
  • 1 inci lengkuas (Dihiris kasar)
  • 5 biji cili api (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk kasar) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 6 biji bendi 
  • 4 cawan air 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, asam gelugur, lada hitam, dan garam dalam periuk. 
  2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 
  3. Masukkan ayam, cili api, cili hijau, cili merah, dan bendi. Biarkan mendidih lagi. 
  4. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. 5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment