Simple and Authentic Creamy Carbonara Spaghetti

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Hi semua, saya harap anda dapat mencuba resipi saya yang senang dan yang paling penting sedap! Saya boleh guarantee 200% !This is like 101 carbonara class for perfection!!


Bahan-bahan diperlukan:

  • Satu pack spaghetti (jgn guna angel hair ye!)
  • 1 botol susu dutch lady, full cream
  • 2 biji telur kuning
  • Oregano
  • Keju (cheddar/parmesan)
  • Lada hitam (ikut selera)
  • Butter 2 sudu besar
  • beef bacon (*jika ada)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. -Rebus dahulu, pastikan letak secubit garam dengan beberapa titis minyak
  2. -Masukkan secekak spaghetti (bergantung untuk berapa ramai)
  3. -Bila spagheti mula lembut (al dante), boleh tuskan, dan letak satu sudu butter untuk pastikan spaghetti tidak melekat :)
  4. Selesai untuk spaghetti!
  5. -Panaskan pan, letakkan butter dalam 2 sudu besar (pastikan api perlahan, untuk elakkan dari butter burn)
  6. -Potong beef bakon halus-halus, lepastu goreng sehingga beef bacon mula mengecut or garing. Boleh tambahkan sedikit butter untuk elakkan dari bacon hangit(*jika ada)
  7. -agak-agak susu mula mix dengan butter tadi, jangan sampai mendidih, masukkan oregano, lada hitam hancur, garam sikit, and cheese. Cheese jangan terlampau banyak, takut nanti terlalu muak. Sebab kita ada butter, susu, and jangan lupa, nanti nak letak telur lagi kan :)
  8. -kemudian bila semua dah mix well, rasa dulu. Takut terlebih masin ke, adjust ikut citarasa masing-masing
  9. Perlahan-lahan, masukkan dua kuning telur, dan kacau berterusan. Make sure jangan sampai sos berketul ye
  10. Bila sos dah mula pekat, masukkan spaghetti, dah tunggu dalam satu minit, boleh dihidangkan !!
  11. -Untuk extra kick, superb, saya cadangkan gunalah chili flakes dan olive oil. Bila kita masak western, lagi bagus kita gunakan alternatif westernkan? Baru puas hati :) *untuk resepi/gambar di atas, saya lupa beli beef bacon, but still sedap !! Selamat mencuba! Tq
    Open uri20151010 29872 296lbo

Leave a comment