SIAKAP MASAK UJANG

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 4 Orang

sesuai untuk hidangan tengah hari dan malam


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap – bersihkan
  • Tepung jagung
  • Tepung jagung
  • Minyak untuk mengoreng
  • BAHAN KISAR
  • 8 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 15 – 20 batang cili padi
  • 2 – 3 biji bawang besar – hiris bulat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan siakap dan toskan. Lumurkan garam dan tepung jagung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang lain, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi dan biarkan seketika. Tambah sedikit jika kuahnya pekat.
  5. Masukkan pula sayur campur dan bawang besar yang telah dihiris. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan Maggi Secukup Rasa dan gula secukupnya. Sesuaikan kepekatan kuahnya. Tambah air lagi jika kuah pekat. Matikan api.
    Dsc 1005mr
  7. Tuang kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Siap dan sedia untuk dihidang.

Leave a comment