Siakap Masak Stim Ala Tom Yam

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

variasi masakan stim untuk menu istimewa @ harian


Bahan-bahan diperlukan:

  • siakap (anggaran 400gm) perap dgn garam 10 min
  • 2 btg serai*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 labu bwg besar*
  • 2 suduB cili boh
  • 2 suduB pes tom yam
  • 2 suduB bancuhan air asam jawa
  • sekuntum kecik bunga kantan (cincang)
  • 4 suduB daun kesum @ cenohom (cincang)
  • 1 suduB gula
  • 1/2 suduT garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. kisar bahan bertanda* dan masukkan ke dlm mangkuk
  2. campurkan cili boh, pes tom yam, air asam jawa, garam dan gula dlm mangkuk tadi serta gaul rata
  3. dah secukup rasa tuang atas ikan tadi dan taburkan bunga kantan dan daun kesum
    Open uri20151010 29872 1b1n6ep
  4. kukus ikan selama 20 min @ sehingga ikan masak

Leave a comment