Siakap Kerabu Mangga

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Siakap Kerabu Mangga?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap  (Dibasuh dan dikelar) 
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar halus) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan kacang tanah (Digoreng) 
  • 1 biji mangga muda (Disagat kasar) 
  • 2 biji tomato (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)               
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 batang serai (Dihiris)           
  • 1 sudu makan sos ikan            
  • 1 sudu makan  jus limau nipis 
  • 1 sudu teh gula (Dibancuh bersama sos ikan dan jus limau nipis)            
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • Minyak masak secukupnya (Bagi menggoreng) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Lumur ikan dengan lada hitam, serbuk kunyit, dan garam. Kemudian taburkan tepung gandum. 
  2. Kisar kacang tanah separuh kasar. 
  3. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  4. Masukkan mangga, bahan yang dihiris dan kacang yang dikisar ke dalam mangkuk. 
  5. Masukkan bahan yang dibancuh dan garam. Gaul rata sehingga sebati. 
  6. Hidangkan di atas ikan goreng tadi. Taburkan daun ketumbar. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment