Serabai & Kuah Durian

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Serabai & Kuah Durian?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 1 sudu teh yis kering mauripan 
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1 cawan nasi (Dikisar halus bersama air)
  • 1 cawan air 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Kuah durian)
  • ½ cawan gula perang 
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan air 
    (Gula perang, gula, air dimasak sehingga pekat &tapiskan)
  • 2 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • Isi durian secukupnya 
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan santan sekadar suam sahaja. 
  2. Larutkan yis kering dalam santan suam. Kemudian kacau rata. 
  3. Campurkan semua bahan A sehingga sebati dan peram selama lebih kurang 2 jam. 
  4. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan sedikit dan masakkan sehingga adunan kelihatan berlubang. Gunakan api yang kecil. 
  5. Terbalikkan adunan dan masak lagi sehingga kelihatan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga habis adunan. 
  7. Bagi menyediakan kuah durian, masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga pekat. 
  8. Sedia dihidangkan.

Leave a comment