Sayur Timun Masak Taucu

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Sayur Timun Masak Taucu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 batang timun (Saiz besar) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 3 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris nipis)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 3 sudu makan taucu (Basuh dan tuskan) 
  • 3 sudu makan minyak masak 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Timun dipotong pendek dan buangkan bahagian tengah. Kemudian hiris kasar. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu. 
  3. Masukkan air asam jawa dan taucu. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan timun dan masakkan sehingga mendidih sekali lagi. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment