Samosa

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Samosa?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • Kulit popia secukupnya 
  • 2 sudu makan tepung gandum (Bancuh dengan 1 sudu makan air) 
  • Minyak masak secukupnya
Bahan B (Inti)
  • 200 g daging kisar (Dihancurkan) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji kentang  
  • 1 batang lobak merah  
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 2 biji cili merah (Dicencang) 
  • Daun sup dan daun bawang (Dihiris halus) 
  • 1 sudu makan minyak 
  • Garam secukupnya


Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu. 
  2. Masukkan daging kisar. Kacau rata kemudian masukkan rempah kari. Kemudian kacau rata sekali lagi.
  3. Masukkan rempah kari dan kacau lagi. 
  4. Tutup api kemudian taburkan cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau rata. 
  5. Angkat dan sejukkan.
Cara Membuat Samosa
  1. Kulit popia diasingkan satu per satu dan dipotong 3. Gamkan dengan bancuhan tepung supaya menjadi kepingan panjang. 
  2. Letakkan inti dihujung dan lipatkan dengan kemas supaya menjadi segi tiga. 
  3. Gorengkan sehingga kuning keemasan.

Leave a comment