Sambal Tempoyak, Sambal Gesek & Air Asam Nusantara

Kategori: Nusantara
Masa Penyediaan: 0 Jam 10 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Ni kalau hari-hari ada dekat rumah, memang berseleralah makan!


Bahan-bahan diperlukan:

SAMBAL TEMPOYAK:
  • 4 biji cili merah (dihiris)
  • 8 biji cili padi (dihiris) 
  • 4 sudu besar tempoyak 
SAMBAL GESEK:
  • 3 sudu besar ikan bilis 
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan 
  • 1 biji limau 
  • ½ sudu teh garam 
  • ½ sudu teh gula
AIR ASAM:
  • ½ cawan air asam jawa
  • ½ inci belacan bakar 
  • 5 biji cili padi (dihiris)
  • ½ biji bawang besar (dipotong)
  • ¼ biji tomato (dipotong dadu) 
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • ½ sudu teh garam 
  • ½ sudu teh gula 
  • 1 biji limau

Cara menyediakan dan memasak:

SAMBAL TEMPOYAK:
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi sehingga lumat.
  2. Masukkan tempoyak dan gaul.
  3. Hidang!
SAMBAL GESEK:
  1. Tumbuk kasar ikan bilis, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan belacan.
  2.  Goreng sehingga garing.
  3. Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul. 4. Hidang!
AIR ASAM:
  1. Gaul asam jawa dan belacan hingga sebati.
  2. Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato, dan gaul. 
  3. Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul.
  4. Hidang!

Leave a comment