Sambal Sardin

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Simple dan sedap!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin sardin
  • 2 ulas bawang putih (dihiris) 
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang) 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • Asam keping 
  • 2 biji cili hijau (dihiris) 
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat) 
  • Garam (secukup rasa) 
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. . Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis. 
  3. Masukkan ikan sardin dan goreng hingga sedikit garing. 
  4. Masukkan sos sardin dan asam keping, gaul. 
  5. Masukkan cili hijau dan bawang besar, biar masak sebentar. 
  6. Masukkan garam dan gaul.
  7. Hidang bersama nasi.

Leave a comment