Sambal Kentang Sempoi

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi sendiri. Bahannya ringkas saja, senanglah kalau tiba-tiba lapar. Cubalah!


Bahan-bahan diperlukan:

  • - 1 kentang besar dipotong dadu kecil
  • - 1/2 biji tomato besar yang dipotong kecil
  • - Serbuk cili secukupnya
  • - 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • - Sedikit halia yang diketuk dengan hujung pisau
  • - Cili padi/cili biasa secukupnya dipotong

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, halia dan cili.
  2. Masukkan tomato yang dipotong kecil.
  3. Masukkan kentang yang dipotong dadu kecil tadi dan dibiarkan sampai agak masak sambil masukkan serbuk cili secukupnya (bergantung selera). **Kalau tempat masak tu kering, tambah air sikit saja**.
  4. Siap untuk dimakan! **Kalau nak beraroma sedikit, masukkan daun sup dalam langkah 3 tadi**.

Leave a comment