Sambal Kelapa Daun Pudina

Kategori: Nusantara, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Kelapa Daun Pudina?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan daun pudina 
  • 1 cawan kelapa parut  (Ambil putih sahaja) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali asam jawa dan garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. 
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan asam jawa dan garam. Gaul sebati. 
  3. Hidangkan bersama ikan bakar.

Leave a comment