Sambal Goreng Jawa

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Goreng Jawa?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji kentang  (Dibuang kulit dan dihiris nipis) 
  • 1 keping tauhu (Dipotong kecil)
  • 1 keping tempe (Dipotong kecil) 
  • ½ cawan ikan bilis 
  • 15 biji cili api    
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih  
  • 2 batang serai 
  • ½ inci lengkuas
  • (Cili api, bawang merah, bawang putih, serai dikisar bersama lengkuas) 
  • 1 sudu makan kicap lemak manis 
  • ¼ cawan air asam jawa 
  • ½ cawan santan 
  • Sedikit suun  (Dipotong pendek dan direndam) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak kemudian gorengkan kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan.Tuskan minyak. 
  2. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap, air asam jawa, santan, dan garam. Kacau sehingga agak kering. 
  4. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dan suun. Kacau rata. 
  5. Masukkan bawang besar dan kacau lagi sehingga kering. Sedia dihidangkan.

Leave a comment