Sambal Belacan, Sambal Kicap & Sambal Hijau

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 10 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Sambal yang mana satu menjadi pilihan hati?


Bahan-bahan diperlukan:

SAMBAL BELACAN:
  • 6 biji cili merah 
  • 8 biji cili padi 
  • Jus dari 2 buah limau 
  • 1 kiub belacan 
  • Garam 
  • 1 biji limau, dipotong dua 
SAMBAL KICAP 
  • 10 biji cili padi 
  • 1 sudu besar bawang putih 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1/4 kicap manis 
SAMBAL HIJAU 
  • 1 biji tomato
  • 8 biji cili hijau
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • Garam 
  • Minyak masak 

Cara menyediakan dan memasak:

SAMBAL BELACAN:
  1. Blend cili merah dan cili padi 
  2. Tambah jus limau, belacan, dan garam 
  3. Blend sehingga sebati 
  4. Hidang sambal dengan sehiris limau 
SAMBAL KICAP: 
  1. Blend kesemua bahan-bahan
SAMBAL HIJAU:
  1. Rebus tomato dan cili hijau. 
  2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
  4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
  5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati. 

Leave a comment