Sambal Ayam Daun Pudina

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Ayam Daun Pudina?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (Dipotong kecil)
  • 15 tangkai cili kering 
  • 2 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih
     (Semua cili kering, bawang besar & bawang putih dikisar bersama)
  • 2 tangkai serai (Diketuk) 
  • 1 sudu makan pati asam jawa (Dibancuh dengan ½ cawan air) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 cawan daun pudina 
  • ½ cawan minyak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit ayam. Basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan 
    serai sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan ayam dan garam. Kacau sehingga ayam masak dan lembut. 
  4. Masukkan bancuhan air asam jawa, bawang besar dan daun pudina. 
    Masakkan sehingga pekat. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment