Salted Egg Chicken Wings

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Try resipi simple ni untuk buat Salted Egg Chicken Wings sendiri di rumah!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (ayam):
- 10 ketul kepak ayam
- 4 cawan air
- 1 sudu besar garam
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (sos): 
- 4 biji telur kuning masin
- 2 sudu besar mentega 
- 4 ulas bawang putih
- Daun kari
- 4 biji cili padi
- 1/2 sudu kecil serbuk kari
- 4 sudu besar susu cair
- 1/2 sudu kecil garam


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Rendam kepak ayam dengan air dan garam selama 4 jam.
2. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam. 
3. Masukkan kepak ayam yang sudah direndam. Gaul.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Microwave telur masin selama 2 minit.
6. Cairkan mentega dan masukkan bawang putih, daun kari, cili padi dan serbuk kari.
7. Masukkan telur masin, susu cair dan garam. Kacau hingga sebati. 
8. Masukkan kepak ayam yang sudah digoreng. Gaul.
9. Siap untuk dihidang!


Leave a comment