Salad Sotong dan Udang

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Sotong dan Udang?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 300 g udang (Dibuang kulit)
  • 200 g sotong (Dibuang kulit)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 2 batang serai (Dihiris nipis) 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 2 biji cili merah (Dicencang kasar)
  • 2 biji cili hijau (Dicencang kasar)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dicencang kasar)
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan udang dan sotong yang dipotong sederhana kecil dengan 
    sedikit garam. 
  2. Masukkan ke dalam kuali non-stick dan masakkan selama 3-5 minit. 
    Ketepikan. 
  3. Masukkan bahan B dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata. 
  4. Masukkan tomato, bawang besar, serai, sotong, dan udang. Gaul lagi 
    sehingga rata. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment