Salad Epal & Nasi

Kategori: Nusantara, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Epal & Nasi?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras basmati 
  • 1 ½ cawan air 
  • 2 epal hijau 
  • 1 biji lemon (Diambil jus) 
  • 2 sudu makan minyak zaitun 
  • 1 cawan daun pudina 
  • 1 batang daun saderi (Dihiris)
  • 4 biji cili merah (Dihiris)     
  • 2 sudu makan kismis (Dihiris)
  • ½ cawan badam cencang  (Dibakar)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak nasi seperti biasa. Sejuk dan peroikan. 
  2. Potong dadu epal hijau dan gaulkan dengan sedikit jus lemon. 
  3. Gaulkan jus lemon dan minyak zaitun. 
  4. Masukkan nasi, epal hijau, daun pudina, bahan yang dihiris dan kismis ke dalam mangkuk besar. 
  5. Tuangkan campuran minyak zaitun dan gaul rata. 
  6. Taburkan badam cencang dan hidangkan.

Leave a comment